Thursday 26 July 2012

Masalah Virus Mandul di Taman Medan



Aktiviti 1

Masalah-masalah yang berlaku setalah di pasarkan di Taman Medan :

1. Banyak kucing liar yang mati dan jumlahnya semakin berkurangan.
- masalah ini berlaku apabila rantai makanan terganggu. Bilangan populasi tikus berkurangan, jadi kucing-kucing liar tidak mempunyai makanan dan mati dan menyebabkan jumlahnya semakin berkurangan.

2. Jumlah beberapa spesies rumput liar didapati meningkat.
- spesies rumput liar didapati meningkat kerana tidak dimakan oleh tikus. Tambahan pula, rumput liar merupakan pengeluar dalam rantai makanan dan tidak terganggu untuk terus meningkatkan populasinya.

3. Virus tersebut tidak lagi berkesan kerana bilangan tikus semakin bertambah di kawasan Taman Medan
- mungkin virus itu kurang berkesan kepada tikus-tikus di Taman Medan. Syarikat X hanya melakukan uji kaji di Kota Damansara,Subang Jaya, dan Wangsa Maju. Mungkin persekitaran Taman Medan dan kawasan-kawasan tersebut berbeza.

4. Haiwan peliharaan penduduk di Taman Medan iaitu kucing didapati mandul
- kucing makan tikus. Seterusnya, kucing mendapat kesan daripada virus mandul yang telah dikenakan terhadap tikus. Virus ini agak merbahaya sehinggakan boleh merebak ke haiwan lain.






Kenalpasti masalah dan plan menyelesaikan masalah :
1. Syarikat X perlu membuat uji kaji semula kenapa virus tersebut merebak ke haiwan lain.
2. Wakil penduduk Taman Medan perlu membuat aduan kepada pihak berkuasan tentang banyak berlaku  kematian kucing disebabkan virus mandul.
3. Syarikat X sewajarnya memberhentikan pengeluaran virus mandul itu.
4. Penduduk Taman Medan perlu berhenti menggunakan virus tersebut.          

No comments:

Post a Comment