Sunday 29 July 2012

Pemeliharaan dan Pemuliharaan Beruang Matahari

Pada pendapat saya, saya tidak setuju dengan pendapat saintis tersebut untuk melakukan kaedah pengklonan terhadap spesies beruang matahari sebagai pemeliharaan dan pemuliharaannya. Faktor ini akan menimbulakan masalah terhadap spesies itu sendiri.
Antara masalah-masalahnya ialah :
   
1.  akan menghidap penyakit artritis
        - artritis merupakan sejenis radang sendi yang akan berlaku terhadap spesies. Seperti contoh, haiwan 
           haiwan Dolly yang pernah di kloning pada tahun 1997 juga menhidap kecederaan artritis pada 
          kakinya.
   
    2.  Pengklonan mempunyai kesan sampingan dan bahaya pada kesihatan spesies kloning. Selain obesiti,
         sistem pertahanan tubuh dan masalah kecacatan genetik yang meembabitkan kesihatan besar  haiwan      
         yang diklon.
  
    3. Jangka hayat pendek
        - kaedah tidak membantu saintis untuk pemuliharaan baeruang matahari kerana jangka hayat beruang 
          pendek.







Antara penyelesaian lain yang boleh dilaksanakan bagi pemuliharaan populasi beruang matahari di kawasan ini: 

    1. Pengharaman kemusnahan dan perubahan habitat
        - contoh aktiviti manusia yang paling jelas ialah pembalakan dan penerokaan  kawasan baru untuk 
          pembangunan. Sebanyak 500,000 hektar hutan telah ditebang tetapi kawsan yang dibenarkan
          hanya 320,000 hektar. Aktiviti pembalakan harus dikawal keran khuatir akan haiwan terancam ini
          kehilangan habitatnya.

    2. Mengenakan denda setimpal kepada pemburuan secara haram
        - pemburuan haram yang berleluasa di hutan-hutan negara adalah faktor kemusnahan haiwan dan spesies
           haiwan. Pemburuan haram berlaku akibat permintaan tinggi daripada negara-negara luar seperti
          Amerika Syarikat, Britain dan Eropah beruang matahari. Tambahan pula,dagingnya dapat 
          menyembuhkan penyakit.Sukarnya menyeludup haiwan ini daripada dihidu oleh pihak berkuasa 
          menyebabkan haiwan-haiwan ini sering disembunyikan dalam keadaan yang amat menyedihkan.










Saya akan membawa masyarakat Malaysia menyedari tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan beruang matahari. Saya akan memberi penerangan akan beruang matahari yang sedang menghadapi kepupusan. Ini merupakan perkara ayng sangat menyedihkan. Dengan itu juga saya akan mengedarkan pin 'batch' dan topi kepada masyarakat yang turut serta dalam kempen Pemuliharaan dan Pemuliharaan Beruang Matahari Tanaggungjawab Kita Bersama'. Akhir sekali, saya berharap kempen ini memberi kesedaran kepada masyarakt dan berharap kempen ini berlangsung dengan jayanya.










No comments:

Post a Comment