Diari Akhir


Aktiviti 2 iaitu pemeliharaan dan pemuliharaan beruang matahari. Saya telah menjawab dalam bentuk point dan telah membawa membawa masyarakat menyedari tentangnya serta membuat design topi dan pin ‘batch’.

Ya, lebih-lebih lagi untuk menjawab soalan yang susah seperti aktiviti 6 dan 5. Tapi tidak mengapa kerana ia merupakan ilmu dan boleh membantu untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya. Walaupun terpaksa berfikir secara kritikal saya mampu untuk menyiapkannya.

Kelebihannya ialah saya boleh mengetahui tentang sesuatu perkara dengan lebih mendalam dengan menggunakan blog melalui membuat research. Contonnya untuk tajuk yang berkaitan dengan alam sekitar seperti tentang air, haiwan dan tumbuhan. Oleh itu, saya boleh menggunakan kelebihan tersebut dalam pembelajaran di kelas.

Kelemahannya pula ialah apabila ketiadaan internet di rumah. Nak buka blog mesti kena ada internet kan, so saya terpaksa ke rumah kawan atau ke sekolah.

Saya suka ketika nak buat post kerana dalam masa yang sama saya akan membuat research dekat google untuk mendapatkan point untuk jawab. Seperti biasa saya suka menantikan aktiviti baru dari minggu ke minggu.

Saya tidak suka ketika nak komen kerana saya sentiasa tiada idea untuk komen dan tambahan pula ketika rakan-rakan inginkan pendapat dari saya.

Saya cadangkan dengan menambahkan lagi sedikit aktiviti tapi tidak lah terlalu banyak dan lebihkan lagi pelajar untuk masuk blog biokelas ini.

Belajar sains dengan menggunakan blog sangat mudah dan menarik kerana dengan internet kita boleh tahu banyak perkara tentang sesuatu benda. Belajar tradisional kita terpaksa menyelak buku-buku rujukan untuk mendapatkan jawapan dan ia sangat sukar dan susah. Saya memilih pembelajaran sains menggunakan blog.


Ya, sudah tentu. Penggunanan blog juga boleh membuatkan saya lebih kreatif dan kritis untuk menjawab soalan.

No comments:

Post a Comment