Diari Semasa

MINGGU PERTAMA


Pada aktiviti kali ini, saya telah mempelajari tentang perubatan iaitu virus memandulkan tikus. Dengan ini, saya lebih faham tentang virus2 , masalah gangguan rantai makanan , dan sebagainya.

Ada masalah , tetapi tidak terlalu kritikal. Hanya masalah dengan connection dengan internet. Seterusnya, cara saya perlu menyelesaikan aktiviti ini. Saya harus berfikir dengan lebih tentang teknik2 untuk menjawab soalan dengan lebih kreatif dan kritis seperti yang dikehendaki.

Saya meminta pertolongan dari kawan-kawan dan abang saya.  Saya juga akan search google untuk mendapatkan kepastian jawapan tersebut.

Bagi saya, aktiviti 1 ini mudah . Tidak terlalu banyak masalah yang dihadapi seperti yang dinyatakan di atas. Kerana aktiviti ini yang bertajuk tentang virus memandulkan tikus dan dikaitkan tentang rantai makanan. Rantai makanan merupakan satu topik yang kurang cabarannya untuk berfikir.

Alhamdulillah, saya berjaya untuk menyempurnakan aktiviti ini dengan menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku setelah virus tersebut dipasarkan di Taman Medan. Saya menghasilkan aktiviti ini dengan membuat rujukan di google. Dengan ini, saya mendapat idea untuk menjawab soalan.

Ya, aktiviti ini memotivasikan diri saya sendiri untuk lebih mempelajari sains kerana sains merupakan perkara yang berlaku dipersekitaran kita.




MINGGU KEDUA



Pada aktiviti minggu kedua ini, saya telah mempelajari tentang pemeliharaan dan pemuliharaan haiwan yang mengahadapi kepupusan. Dengan itu juga, saya telah mengetahui tentang usaha-usaha untuk pemuliharaan populasi beruang matahari.

Seperti biasa , saya terpaksa berfikir dengan lebih lagi untuk mendapat sesuatu jawapan yang kreatif.

Saya menyelesaikan masalah tersebut dengan meminta bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan sekelas.

Bagi saya, aktiviti ini mudah untuk menyempurnakannya.  Ia memerlukan saya untuk membawa masyarakat menyedari tentang kepentingan ini. Aktiviti ini sangat seronok.

Saya telah berjaya menghasilkan dengan menjawab soalan-soalan yang dinyatakan. Saya juga telah menyelesaikan untuk membolehkan populasi beruang matahari di kawasan ini untuk pulih. Selain itu, cara saya membawa masyarakat  tentang pemeliharaan dan pemilharaan beruang matahari saya telah men’design’ topi dan pin batch untuk masayarakat yang hadir.

Aktiviti minggu ini telah memotivasikan saya mempelajari sains. Dengan ini, saya telah sedar akan kepentingan haiwan seperti beruang matahari.




MINGGU KETIGA


Minggu ini saya telah mempelajari tentang air. Air paip yang telah ditambah dengan kandungan klorin yang berlebihan telah menimbulkan masalah yang dihadapi di kawasan perumahan.

Alhamdulillah , tiada sebarang masalah teknikal yang saya hadapi pada minggu ini.

Ya, saya kekurangan ilmu tentang klorin dalam air. Tambahan pula, saya jarang tentang membuat re-search tentang masalah-masalah air. Saya fikir air merupakan perkara yang mudah tetapi setelah dikaji ia sebaliknya.

Seperti biasa , saya akan meminta bantuan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan ini.

Setelah tiga minggu saya mempelajari blog Biokelas, ini merupakan aktiviti yang agar mencabar berbanding dengan yang lain. Oleh itu, saya telah mengisikan masa yang agar lama untuk mencari maklumat tentang klorin.

Ya , saya telah berjaya menyempurnakan tugasan ini . Saya memaksa diri saya untuk menyiapkan juga tugasan ini walaupun di saat akhir. Saya tidak ingin menangguhnya untuk terlalu lama.

Sudah tentu ia sangat memotivasikan saya. Dengan ini sekali gus saya mengetahui tentang kesan apabila minum air yang ditambahkan dengan klorin. Tambahan pula , air merupakan keperluan asas manusia yang penting. Oleh itu, marilah kita menggunakan air yang bersih untuk kehidupan seharian.


MINGGU KEEMPAT


Saya dapat mempelajari tentang produktiviti pokok-pokok dan jenis-jenis penyakit pokok tersebut.

 Tiada. Internet pon agak ok.
Tiada sebarang masalah yang saya hadapi pada minggu ini.

 Tidak, bagi saya aktivi minggu ini mudah dan senang untuk disiapkan.

 Ya, saya telah berjaya untuk menghasilkan. Saya juga telah berjaya memberi cadangan dan aturkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pak Ismail supaya ladangnya dapat diselamatkan.

Aktiviti ini memotivasikan saya. Saya telah mengetahui kepentingan pokok dan keperluan pokok-pokok untuk terus hidup.



MINGGU KELIMA


Saya dapat mempelajari tentang virus yang boleh merebak melalui udara dan sentuhan.


Ya , internet agak lambat ketika melayari internet untuk mencari maklumat tentang virus-virus tersebut.
Saya akan disconnect dan connnect semula dan teruskan buat.


.
Saya akan meminta bantuan daripada guru dan rakan-rakan sekelas biokelas.

Ya. Saya tidak mempunyai idea untuk menyiapkan aktiviti ini. Minggu ini agak susah untuk disempurnakan dan tambahan pula ada masalah dengan internet

Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkannya walaupun agak susah pada permulaannya.Saya telah menyelesaikan masalah ini dengan membuat langkah untuk mengawal penyebaran virus pembunuh ini.

Minggu ini , aktiviti tentang serangan virus pembunuh baru telah memotivasikan diri saya sendiri. Saya telah mengetahui tentang penyebaran virus dengan lebih lanjut.




MINGGU KEENAM


Saya dapat mempelajari tentang mutasi dengan lebih lanjut. Pelbagai jenis mutasi yang dapat kita ketahui. Ada yang menguntungkan malah ada juga yang merugikan.
Tiada sebarang masalah teknikal yang saya hadapi.

Ya. Saya tidak tahu untuk menjawab soalan bagi aktiviti kali ini.
Saya akan meminta bantuan dari guru dan rakan sekelas blog.

Aktiviti pada kali ini sangat mencabar fikiran saya. Saya sangat lemah tentang tajuk mutasi sehingga saya terpaksa buat dua kali post untuk tajuk ini kerana pada permulaannya saya tersalah dan tidak mengikut tajuk.
Ya. Akhirnyaaaaa saya berjaya siapkan. Saya telah menggunakan banyak hari untuk menyiapkan aktiviti kali ini.
Ya. Kerana mutasi juga merupakan perkara yang penting kerana ianya juga berlaku di persekitaran kita.