Thursday 27 September 2012

Mutasi Gajah Zaman Purba

Di Tambun, Perak saintis telah menjumpai fosil spesies gajah liar yang besarnya hampir sekali ganda gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus). Spesies gajah itu dipanggil gajah minyak di mana ia mempunyai bentuk yang hampir sama dengan gajah Malaysia. Setelah dianalisa sampel gajah tersebut dan didapati punca kepupusan gajah tersebut adalah disebabkan oleh kesan mutasi pada gajah tersebut. 2KM daripada kawasan fosil tersebut, saintis menjumpai lagi fosil gajah yang sama dan hasil kajian mendapati gajah ini juga mati dengan cara yang sama.



1) Ramalkan apakah jenis mutasi yang menyebabkan gajah-gajah ini mati dan pupus? Ramalkan~

Mutasi Alami
Mutasi alami merupakan salah satu muatsi yang terwujud atau terjadi secara alami iaitu mutasi yang bukan dilakukan secara sengaja oleh manusia. Mutasi ini melibatkan alam sekeliling. Pengadaptasian pada alam sekeliling dan dalam proses berikut, haiwan tersebut akan berubah bentuk dan sifat ketika mutasi berlaku. Menurut para saintis, gajah mampu untuk hidup selama 80 tahun, oleh sebab itu gajah zaman purba sentiasa berhadapan dengan ancaman daripada manusia dan semulajadi selama kehidupan gajah tersebut.


2) Ramalkan bagaimana mutasi tersebut membunuh gajah-gajah tersebut?

Kemarau
70-90 liter air merupakan keperluan seekor gajah untuk sehari. Kekurangan tumbuhan dan sumber air mampu mengancam kehidupan gajah apabila berlakunya kemarau yang berpanjangan.

Perubahan cuaca
Hentaman meteor ke atas muka bumi yang menyebabkan perubahan cuaca kira-kira12,900 tahun lalu merupakan hasil penyelidikan para pengkaji yang menyatakan punca lain yang membawa kepada kepupusan gajah pada zaman purba.

Keterhad sumber baka
Baka gajah yang terhasil dalah daripada kumpulan gajah yang sama adalah punca jumlah gajah semakin sedikit. Lama-kelamaan, pertalian persaudaraan yang terlalu rapat di antara gajah-gajah tersebut telah menyebabkan baka menjadi semakin lemah. Anak gajah yang terhasil berkemungkinan cacat dari segi fikiran dan juga anggota setelah baka tersebut mengalami mutasi.


3) Mungkinkah ada faktor lain yang membunuh spesies gajah zaman purba ini?

Kawasan hutan diceroboh oleh orang asli
150 kilogram makanan setiap hari merupakan keperluan asas bagi seekor gajah. Untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi sesebuah kumpulan gajah tersebut akan sentiasa berpindah-randah. Sekiranya orang zaman purba atau orang asli mencerobohi kawasan ragut gajah untuk bercucuk tanam, gajah-gajah tersebut akan tetap mencari makanan di tempat tanaman manusia. Oleh sebab itu, orang asli pada zaman dahulu akan mengambil keputusan untuk menembak kumpulan gajah yang mencari makan kerana jumlah yang dimakan gajah tersebuat adalah banyak.









No comments:

Post a Comment