Thursday 27 September 2012

Mutasi Gajah Zaman Purba

Di Tambun, Perak saintis telah menjumpai fosil spesies gajah liar yang besarnya hampir sekali ganda gajah Malaysia (Elephas maximus hirsutus). Spesies gajah itu dipanggil gajah minyak di mana ia mempunyai bentuk yang hampir sama dengan gajah Malaysia. Setelah dianalisa sampel gajah tersebut dan didapati punca kepupusan gajah tersebut adalah disebabkan oleh kesan mutasi pada gajah tersebut. 2KM daripada kawasan fosil tersebut, saintis menjumpai lagi fosil gajah yang sama dan hasil kajian mendapati gajah ini juga mati dengan cara yang sama.



1) Ramalkan apakah jenis mutasi yang menyebabkan gajah-gajah ini mati dan pupus? Ramalkan~

Mutasi Alami
Mutasi alami merupakan salah satu muatsi yang terwujud atau terjadi secara alami iaitu mutasi yang bukan dilakukan secara sengaja oleh manusia. Mutasi ini melibatkan alam sekeliling. Pengadaptasian pada alam sekeliling dan dalam proses berikut, haiwan tersebut akan berubah bentuk dan sifat ketika mutasi berlaku. Menurut para saintis, gajah mampu untuk hidup selama 80 tahun, oleh sebab itu gajah zaman purba sentiasa berhadapan dengan ancaman daripada manusia dan semulajadi selama kehidupan gajah tersebut.


2) Ramalkan bagaimana mutasi tersebut membunuh gajah-gajah tersebut?

Kemarau
70-90 liter air merupakan keperluan seekor gajah untuk sehari. Kekurangan tumbuhan dan sumber air mampu mengancam kehidupan gajah apabila berlakunya kemarau yang berpanjangan.

Perubahan cuaca
Hentaman meteor ke atas muka bumi yang menyebabkan perubahan cuaca kira-kira12,900 tahun lalu merupakan hasil penyelidikan para pengkaji yang menyatakan punca lain yang membawa kepada kepupusan gajah pada zaman purba.

Keterhad sumber baka
Baka gajah yang terhasil dalah daripada kumpulan gajah yang sama adalah punca jumlah gajah semakin sedikit. Lama-kelamaan, pertalian persaudaraan yang terlalu rapat di antara gajah-gajah tersebut telah menyebabkan baka menjadi semakin lemah. Anak gajah yang terhasil berkemungkinan cacat dari segi fikiran dan juga anggota setelah baka tersebut mengalami mutasi.


3) Mungkinkah ada faktor lain yang membunuh spesies gajah zaman purba ini?

Kawasan hutan diceroboh oleh orang asli
150 kilogram makanan setiap hari merupakan keperluan asas bagi seekor gajah. Untuk mendapatkan bekalan yang mencukupi sesebuah kumpulan gajah tersebut akan sentiasa berpindah-randah. Sekiranya orang zaman purba atau orang asli mencerobohi kawasan ragut gajah untuk bercucuk tanam, gajah-gajah tersebut akan tetap mencari makanan di tempat tanaman manusia. Oleh sebab itu, orang asli pada zaman dahulu akan mengambil keputusan untuk menembak kumpulan gajah yang mencari makan kerana jumlah yang dimakan gajah tersebuat adalah banyak.









Sunday 16 September 2012

Serangan Virus Pembunuh Baru



Cara saya menyelesaikan masalah ini dengan cara : 

        MENGAWAL CARA PENYEBARAN VIRUS PEMBUNUH INI 


1) Pihak yang terlibat dalam mengawal penyebaran virus pembunuh dan juga orang ramai perlu memahami maklumat dan fakta yang relevan berhubung virus dan dan penyakit agar jangkitan virus dapat dikawal dengan berkesan dan pemulihan dapat dibuat dengan segera. 

2) Penduduk sewajarnya memakai penutup mulut dan hidung ketika batuk agar virus tersebut tidak tersebar apabila berhadapan dengan orang ramai.

3) Penduduk tifak boleh berkongsi pisau cukur, berus gigi dan peralatan lain atau seperti pemotong kuku yang mungkin tercemar dengan darah.

4) Mencuci tangan dan mandi  dengan lebih kerap yang besertakan dengan sabun antibakteria selepas pulang dari mana-mana tempat bagi mengelak dijangkiti virus.

5) Pihak berkuasa perlu mengadakan saringan  terhadap sebrang gejala di setiap tempat.

6) Sentiasa membawa 'hand sanitizer' dan memakainya setiap kali bersentuhan dengan mana-mana permukaan yang telah digunakan dengan orang ramai seperti di tempat awam.

7) Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan kebersihan tandas awam agar tidak terlalu kotor sehingga boleh kesan kepada pengguna.










Monday 10 September 2012

Buah Mangga Di Dusun Pak Ismail Yand Dijangkiti Penyakit


 Kenalpasti masalah yang dihadapi oleh Pak Ismail ? beri cadangan serta aturkan langkah ( susun langkah tersebut dari awal hingga akhir ) yang perlu diambil oleh Pak Ismail supaya ladangnya dapat diselamatkan.

Pokok mangga Pak Ismail mudah dijangkiti penyakit ;

1) Penyakit Gleosporium
  •  Penyebab : jamur gleosporium mangifera. Jamur ini menyebabkan bunga menjadi layu, buah busuk, daun berbintik-bintik hitam dan menggulung.
  • Pengendalian : fungisida Bubur Bordeaux 

2) Penyakit Antraknose ( colletotrichum sp )    
  • Terjadi bintik-bintik hitam pada flush, daun, malai dan buah. Serangan menghebat jika terlalu lembab, banyak awan, hujan waktu masa berbunga dan waktu malam hari timbul embun yang banyak. Apabila bunganya terserang maka seluruh panenan akan gagal kerana bunga menjadi rosak.
  • Pengendalian : pemangkasan, penanaman jangan terlalu rapat, bahagian tanaman terserang dikumpulkan dan dibakarkan.                           

3) Cendawan jelaga
  • Penyebab : jamur meliola mangifera atau jamur capmodium mangiferum. Daun mangga yang diserang berwarna hitam seperti beledu. Warna hitam disebabkan oleh jamur yang hidup dicairan manis.
  • Pengendalian : dengan membanteras serangga yang menghasilkan cairan manis dengan insektisida atau tepung belera.

4) Bercak karat merah
  • Penyebab : ganggang cephaleuros sp. Menyerang daun, ranting, bunga dan tunas sehingga terbentuk bercak yang berwarna merah. Penyakit ini sangat mempengaruhi proses pembuahan.
  • Pengendalian : pemangkasan dahan, cabang, ranting. 





Pokok mangga yang selali diserang serangga ;


Antara serangga yang sering menyerang pokok mangga Pak Ismail ialah:

1) Kumbang belangkas
2) Kumbang pengerat pucuk
3) Kumbang Curculion
4) Kumbang pengorek buah
5) Ulat pengorek pucuk

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Pak Ismail supaya ladangnya dapat diselamatkan ;

1) Pembajaan : pembajaan yang sempurna menjamin tanaman mangga tumbuh subur dan memberi hasil yang   optimum.Pembajaan tanaman ini dipengaruhi oleh faktor seperti jenis tanah dan untuk tanaman tersebut.
2) menggunalam racun serangga yang tidak berlebihan untuk mengelakkan serangan serangga.
3) cantuman veneer : berpotensi dalam pembiakan untuk tujuan komersial dalam skalar yang besar.
4) penanaman : pokok mangga hidup dengan baik di tanah, lom lempung atau lom lodak yang dalam.
5) merumpai : mengawal rumpai amat penting dari tempoh penanaman di ladang hingga umur pokok 3-4 tahun. Oleh sebab pokok tumbuh merimbun secara mendatar, maka rumpai yang tumbuh di bawah kanopi semakin berkurangan.
6) pencantasan : pencantasan diamalkan secara tetap pada semua peringkat pertumbuhan dan pembentukan pokok.
7) kawalan perosak dan penyakit : pemancut air dan penyembur kabus untuk kanopi dan row value spray untuk mengawal perosak dan penyakit.
8) penggunaan jentera : beberapa operasi ladang dan penyelenggaraan tanaman yang utama mesti dijalankan dengan menggunakan jentera, sama ada separa atau sepenuhnya.